Wednesday, January 5, 2011

10 Menara Tertinggi Di Dunia

Pada era ini, masyarakat sesuatu negara berusaha untuk membangunkannya dan mewujudkan sebuah negara yang maju. Pelbagai cara yang dilakukan untuk memajukan negara supaya mendapat perhatian daripada negara lain dan antara ikon kemajuan itu ialah memiliki sebuah bangunan yang sangat tinggi atau dengan lebih lagi sebagai "Menara". Memiliki menara antara faktor untuk menarik perhatian masyarakat negara asing dan menunjukkan bahawa negara itu sudah maju. Dibawah adalah antara senarai 10 menarah tertinggi di dunia.




10. Menara Jin Mao (China)

Menara Jin Mao yang terletak di Shanghai, China merupakan menara yang keempat yang dimiliki oleh negara tersebut yang tersenarai dalam 10 menara tertinggi di dunia. Menara ini siap dibina pada tahun 1999 dan merupakan hasil seorang arkitek yang bernama Adrian Smith. Memiliki ketinggian 421 m (1,380 kaki) dan 88 tingkat.








9. Menara dan Hotel Antarabangsa Trump (Amerika Syarikat)

Menara dan Hotel Antarabangsa Trump terletak di bandar Chicago, Amerika Syarikat merupakan antara dua menara dari negara itu yang termasuk dalam senarai 10 menara tertinggi di dunia. Menara mula dibina pada tahun 2005 dan siap pada tahun 2009 hasil arkitek Adrian Smith, Skidmore, Owings dan Merrill. Menara ini mempunyai ketinggian 423 m (1,389 kaki) dan mempunyai 98 tingkat.







8. Pusat Kewangan Antarabangsa Guangzhou (China)


Pusat Kewangan Antarabangsa Guangzhou terletak di Guangzhou, China yang telah menganjurkan sukan Asia pada tahun 2010 merupakan menara yang menduduki tempat ke-8 dalam senarai menara tertinggi di dunia. Menara ini mula dibina pada tahun 2005 dan siap pada tahun 2010 sebelum menjelangnya sukan Asia. Pusat Kewangan Antarabangsa Guangzhou ini merupakan hasil daripada seorang arkitek yang bernama Willkinson Eyre. Menara ini mempunyai ketinggian 438 m (1,435 kaki) dan mempunyai 103 tingkat.







7. Menara Willis (Amerika Syarikat)

Menara Willis atau lebih dikenali sebagai "Sears Tower" terletak di bandar Chicacgo, Amerika Syarikat. Ia mula dibina pada tahun 1970 dan siap pada tahun 1973 hasil daripada tiga orang arkitek iaitu Skidmore, Owings dan Merrill. Menara ini mempunyai ketinggian 442 m (1,451 kaki) dan mempunyai 108 tingkat.




6. Pusat Kewangan Nanjing Greenland

Pusat Kewangan Nanjing Greenland terletak di Nanjing, China. Dibina pada tahun 2005 dan siap pada tahun 2010 hasil daripada seorang seorang arkitek yang terkenal iaitu Adrian Smith. Menara ini mempunyai ketinggian 450 m (1,475 kaki) dan mempunyai 89 tingkat.







5. Menara Berkembar Petronas (Malaysia)

Menara Berkembar Petronas atau nama lain Menara Petronas dan 'Petronas Twin Tower' yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia merupakan menara ke-5 tertinggi di dunia yang pernah menjadi menara paling tertinggi di dunia pada tahun 1999 sehingga 2004. Ia mula dibina pada tahun 1992 dan siap pada tahun 1998 hasil daripada seorang arkitek iaitu César Pelli. Menara ini mempunyai ketinggian 452 m (1,483 kaki) dan mempunyai 88 tingkat.




4. Pusat Dagangan Antarabangsa (Hong Kong)

Pusat Dagangan Antarabangsa terletak di Hong kong dan merupakan antara pusat dagangan yang terkenal kerana Hong Kong satu-satunya yang mempunyai ekonomi yang sangat stabil. Dibina pada tahun 2002 dan siap pada tahun 2010 hasil kumpulan arkitek iaitu Wong & Quyang (HK) Ltd. Menara ini mempunyai ketinggian 484 m (1,588 kaki) dan mempunyai 108 tingkat.




3. Pusat Kewangan Dunia Shanghai (China)

Pusat Kewangan Dunia Shanghai terletak di Shanghai, China merupakan menara ke-3 tertinggi di dunia. Mula dibina pada tahun 1997 dan siap pada tahun 2008 hasil daripada seorang arkitek yang bernama Kohn Pedersen Fox. Menara ini mempunyai ketinggian 492 m (1,614 kaki) dan mempunyai 101 tingkat.




2. Taipei 101

Taipei 101 terletak di Taipei, Taiwan merupakan menara ke-2 tertinggi di dunia. Ia mula dibina pada tahun 1999 dan siap pada tahun 2004 hasil daripada seorang arkitek yang bernama C.Y. Lee dan dibantu oleh beberapa arkitek. Menara ini mempunyai ketinggian 508 m (1,667 kaki) dan mempunyai 101 tingkat.






1. Burj Khalifa (Pertubuhan Arab Bersatu)

Burj Khalifa atau lebi dikenali sebagai 'Burj Dubai' merupakan menara paling tertinggi di dunia. Ia mula dibina pada tahun 2004 dan siap pada tahun 2010 oleh hasil seorang arkitek terkenal yang bernama Adrian Smith. Menara ini mempunyai ketinggian 828 m (2,717 kaki) dan mempunyai 160 tingkat.  

 

Tuesday, January 4, 2011

Tujuh Keajaiban Di Dunia

Sejarah ketamadunan manusia telah memberikan kesan kepada masyarakat kita hari ini dan menunjukkan bahawa manusia sudah mempunyai tamadun semenjak sebelum masihi lagi. Dibawah adalah senarai bagi tujuh keajaiban yang telah memberi kesan kepada dunia sehingga hari ini.




1. Petra (Jordan)
Terletak ditepi Gurun Arab, Petra merupakan ibukota kerajaan Nabataean Raja Aretas IV (9 SM sehingga kurun ke-40). Petra terkenal dengan bentuk yang unik dan banyak struktur batu seperti candi yang mempunyai saiz 138 kaki setinggi diukir dengan fasad klasik yang menjadi batu bewarna merah. Ia juga termasuk terowong, ruangan air dan amphitheater dikatakan telah dibina oleh 4000 orang. Penemuan pertama yang dilakukan oleh orang Barat iaitu oleh seorang peneroka yang berasal dari Switzerland Johann Ludwig Burckhardt pada tahun 1812.







2. Machu Picchu (Peru)
Machu Picchu atau lebih dikenali sebagai "The Lost City" adalah sebuah bandar separa Columbus yang dibangunkan oleh Empayar Inca. Machu Picchu adalah sebuah daerah yang bergunung pada abad ke-15 di kawasan-kawasan Amazaon di Peru. Kota yang telah hancur ini terkenal dengan sisa-sisa tinggalan peradaban Inca, yang berkembang di kawasan-kawasan Andes, dibahagian barat Amerika Selatan. Menurut pengkaji sejarah, bandar ini telah ditinggalkan selepas wabak cacar yang bermula pada tahun 1500 yang telah melanda kepada tentera Sepanyol.



3. Chicen Itza 
Chicen Itza merupakan bandar kuil yang terkenal dan dari suku kaum Maya, merupakan sebuah peradaban dari Columbus yang hidup dimasa kini di Amerika Tengah. Tempat tersebut merupakan pusat pemerintahan dan tamadun agama Maya dalam tahun 750-1200 masihi.



4. Taj Mahal (India)
Taj Mahal yang terletak di Agra, India merupakan makam yang dibina oleh Muslim Mughal sebagai memenuhi permintaan Maharaja Shah Jahan. Maharaja Shah Jahan telah memerintahkan untuk membina sebuah makam untuk isteri tercintanya iaitu Mumtaz Mahal sebagai tanda kasih sayangnya kepada Mumtaz. Pembinaan bermula pada tahun 1632 dan mengambil masa 15 tahun untuk disiapkan. Makam yang mewah ini mempunyai keunikannya tersendiri iaitu mempunyai kubah dan berdiri di taman yang berdinding formal dianggap sebagai contoh terbaik seni dan arsitektur Mughal. Shah Jahan dijatuhkan hukuman dan diletakkan didalam tahanan rumah oleh salah seorang daripada puteranya setelah siapnya Makam Taj Mahal dibina. Shah Jahan menghabiskan masanya dengan menatap Taj Mahal dari jendela rumah tahanannya.



5. Colosseum (Itali)
Colosseum atau Coliseum, awalnya dikenali sebagai 'Flavian Amphitheatre' merupakan pusat teater raksaksa yang terletak di pusat bandar Rom, Itali. Pusat teater tersebut mempunyai kapasiti yang boleh memuatkan 50,000 penonton. Colosseum digunakan untuk tempat menonton bagi acara gladiotor.






6. Tembok Besar Cina (China)
Tembok besar Cina merupakan benteng batuh campuran tanah yang terletak di China. Ia dibina pada abad ke 5 S.M. dan dibina semula pada abad ke-16 untuk melindungi sempadan utara Empayar China semasa zaman pemerintahan Dinasti.



7. Tugu Kristus (Brazil)
Tugu Kristus adalah sebuah tugu Yesus Kristus yang terletak di Rio De Janeiro, Brazil. Tugu ini bediri dengan ketinggian 38 meter (105 kaki), berat 700 tan dan terletak dipuncak 700 meter (2296 kaki) Gunung Corcovado di Taman Nasional Hutan Tijuca, yang menghadap ke bandar Rio De Janeiro.

Tanda-tanda seseorang itu akan meninggal dunia seminggu sebelumnya

Semua yang hidup pasti akan mati. Seperti apa proses kematian yang nantinya akan dialami oleh setiap makhluk hidup? 
Tidak mudah memang mengetahui secara tepat apabila seseorang akan meninggal. Kematian itu sendiri boleh disebabkan sakit, kecelakaan atau sebab lain.
Pada keadaan normal seperti orang sakit biasanya seseorang akan menunjukkan gejala yang mengindikasikan bahawa hidupnya akan segera berakhir beberapa minggu lagi seperti dikutip dari Mayoclinic iaitu:


1. Merasa gelisah.
Seseorang akan merasa tidak tenang serta sukar untuk tidur, selain itu dia akan seringkali menggantikan posisi tidurnya kerana merasa gelisah yang tidak tentu.


2. Menarik diri.
Seseorang tidak ingin lagi terlibat dalam aktiviti sosial ataupun melakukan kegiatanf yang digemarinya.


3. Sering mengantuk.
Seseorang akan menghabiskan lebih banyak waktunya untuk tidur.


4. Kehilangan nafsu makan.
Seseorang hanya akan makan dan minum dalam jumlah sedikit dan berbeza dari biasa.


5. Mengalami kesukaran untuk bernafas.
Hal ini biasanya terjadi saat seseorang sedang tidur ataupun terjaga.


6. Luka yang sukar untuk sembuh.
Luka atau infeksi yang dialami mengalami kesulitan untuk disembuhkan.


7. Pembengkakan.
Sesetengah orang yang akan meninggal dunia akan terjadi pembengkakan dibahagian tangan, kaki atau bahagian tubuh lain.

Biarpun tanda-tanda seperti diatas sememangnya sering berlaku kepada setiap orang yang akan pergi, namun manusia yang cergas dan kuat pun bisa untuk menemui ajal. Itu adalah kerana ajal maut itu ditangan Tuhan, Selagi kita hidup di dunia, selagi itu kita beramal kepada-Nya...

Selamat Datang Ke Blog JOM TAHU!!!

Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung2 blog saya kerana sudi untuk merenung dan membaca serba sedikit fakta yang saya telah sampaikan. Tujuan saya untuk mencipta blog ini ialah untuk menyampai fakta2 yang menarik untuk dikongsikan bersama. Fakta-fakta yang saya berikan ini adalah berasaskan sejarah, agama, global, teknologi terkini, biologi, fizik, budaya dan juga hiburan. Melalui blog saya ini, saya akan memberikan fakta yang bernas supaya anda mudah untuk mengetahui satu2 fakta itu. Insyaallah, dengan usaha yang saya berikan dapat memberi manfaat kepada anda. Apa yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada kita sendiri. Salam ukhuwah daripada saya. Selamat membaca... ^_^